Selasa, 24 Disember 2013


Cookies In A Pack ..... Goodies yang comel untuk tetamu 



Hai hai .... agak lama rasanyer tak update blog nie ...bz memanjang pun . Kali ni nak update product terbaru kami ....cookies for goodies .

 Awal bulan Dec13 yang lepas berlangsungnyer Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah di rumah atuk/nenek .


"Cookies in a pack" menjadi pilihan untuk para tetamu yang hadir . Biskut ala2 M&M di pack dengan cantik dan comel dan mengikut kalor tema majlis menjadi pilihan tuan punya majlis . 


Berminat ?? boleh la roger2 kami :-

Iza - 013 6421235
Hideham - 016 3392143 (wassup)

Terima kasih daun keladi .......



Rabu, 4 Disember 2013


Marble Coklat Cheese Cake ....


Marble Coklat Cheese Cake Penuh Kasih Sayang

Seorang kakak kat opis nie yang bagi nama cheese cake ni . Dia kata buat lah dengan penuh kasih sayang, pasti hasilnye tak menghampakan . So dengan penuh kasih sayang , kami (me + husb ) merealisasikan hasrat dia untuk kek hari jadi ibunye . Alhamdulillah mendapat fed-back yang cukup memberangsangkan . 


Cake ni actually terdiri dari kek coklat yg moist dan dilapisi dengan cheese yang lembut . Kombinasi coklat + cheese yang begitu harmony (cheewah..mcm master chef pulak ) cukup membuatkan penggemarnye termimpikan kelazatan choclat cheese cake ni .

Terima kasih daun keladi ....





Chilled Oreo Cheese Cake .....


Chilled oreo cheese cake yang semakin mendapat tempat di hati kawan . Terima kasih daun keladi , kalo nak boleh la order lagi ...hehhehe


Kalau dalam entry sebelum ini , saya ada post juga entry pasal cheese cake , kali ini saya nak share resepi oreo cheese cake yg sedap ni .



Sangat mudah dan sangat menyelerakan i :-

RESEPI CHILLED OREO CHEESE CAKE

Bhn2:

Dasar Kek
200gm biskut oreo (buang krim)
80gm butter cair

-campurkan butter & biskut yg telah dihancurkan,tekan dlm loyang
ratakan & simpan dlm peti ais selama 20 minit.

Bahan Kek
250 cream cheese
200gm non dairy whiping krim
1 sudu kecil lemon jus (x letak pun xpe)
1 1/2 sudu besar gelatin + 100ml air panas ( sehingga gelatin betul2 larut)
60gm gula halus
biskut oreo 1 paket..hancurkan 3 suku..buang krimnye dan selebihnya buat deko..


Cara-caranya:-

1.Putarkan whipping krim hingga jadi krim..ketepikan
2.Putarkan cheese, gula hingga kembang, masukkan gelatin, (lemon jus) putar sebati..
3.Campurkan whipping krim, kaup balik perlahan2..dan campurkan oreo hancur td, boh dlm loyang yg ade dasar kek td..dan sejukkan dlm peti ais selama 4 jam...

* selamat mencuba *

Rabu, 6 November 2013


BBCC (Blue Berry Cheese Cake) ....Nama seindah rasa ...


First time buat cheese cake dulu  Blue Berry Cheese cake yang menjadi pilihan . Alhamdulillah mmg sedap and buat sekali mmg suka nak buat berkali2!



Ermmm yum yum yum  .....

.

Dah rasa sekali , pasti nak cuba berkali2 . Kepada penggemar cheese cake mesti dah terliur kan!!

Isnin, 4 November 2013

Cheese kek Oreo..

 Hai ape kabar semua...Cheese Kek Oreo .cubaan resepi dr buku..sedap jgk...masa buat Cheese Kek Oreo nie waktu tghmlm...tangan dok gatal nk main cheese..hehehe.


BISKUT ARAB

Biskut Arab kwn2 bangsa India oder..masa deepavali..terima kasih.


Selasa, 29 Oktober 2013

Biskut Forrero Maisarah



BAHAN-BAHAN

250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 biji kuning telur
30 gm serbuk roti 
100 gm serbuk badam
100 gm tepung jagung
300 gm tepung red rose
250 gm badam cincang (pangang)
300 gm coklat masakan 
2 biji putih telur

CARA-CARA MENYEDIAKAN

* Campurkan mentega,gula kastor dan telur kuning.
* Pukul bahan tadi hingga kembang.
* Masukantepung jagung,tepung red rose,serbk badam & serbuk roti.
   masukkan ke dlm adunan tadi sedikit demi sedikit.Uli sampai sebati bahan2 td.
* Bulatkan doh ikut size anda.Kemudian salut dlm putih telur diikuti dgn badam cincang.
* Bakar pada suhu 180 c selama 30 minit.Cairkan coklat masakan dan selepas biskut sejuk,celup ke dlm 
   coklat.